18 Oktober 2019 (Jumaat) – Aktiviti Lasbela ini telah berjaya dilaksanakan pada 04 Oktober yang lalu. Seramai 40 orang pelajar Aspuri dan Aspura SMK Majakir telah terlibat bersama dengan 15 orang guru pengiring. Lawatan ini merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan Unit Asrama SMK Majakir untuk memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar Aspuri dan Aspura mengenai perihal pengurusan asrama di sekolah lain. Selain itu, aktiviti lawatan ini juga memberi peluang kepada pesertanya yang rata-rata tidak pernah sampai ke Sandakan untuk akhirnya memijak bumi Sandakan. Destinasi lawatan ialah SMK Elopura yang juga dikenali sebagai Sekolah Seni Malaysia Sabah (SSeMS). SMK Elopura telah dijadikan sebagai tapak sementara Program Pendidikan Seni bagi penubuhan SSeMS di kawasan Hub Pendidikan Sandakan. Sebelum bertolak balik, pelajar juga telah dibawa melawat Pusat Pemulihan Orangutan di Sepilok Sandakan. Semasa di Sandakan, semua peserta telah menginap di asrama Universiti Malaysia Sabah Kampus Sandakan.

Anggaran jarak perjalanan antara Papar dan Sandakan adalah lebih kurang 360 km dengan tempoh perjalanan sekitar 7-8 jam.
Para peserta menikmati makan malam di kafeteria UMS Kampus Sandakan.
Turut serta dalam lawatan kali ini ialah semua Pentadbir Sekolah dan YDP PIBG.
Hari Kedua – Peserta siap sedia untuk ke destinasi lawatan.
Ketibaan rombongan telah disambut oleh Pn. Hjh. Kalsom Binti Hj. Abdul Aziz, Pengetua SMK Elopura.
Persembahan khas oleh pelajar untuk meraikan kedatangan rombongan SMK Majakir.
Gambar kenangan rombongan SMK Majakir dengan pihak pengurusan dan pelajar SMK Elopura Sandakan.
Taklimat oleh Pn. Hjh. Kalsom Binti Hj. Abdul Aziz.
Ucapan balas oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Bin Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.
Taklimat berkaitan dengan SSeMS oleh En. Alias Che Long, Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Elopura.
Sesi soal-jawab bersama pelajar.
Taklimat dan sesi perkongsian mengenai isu-isu semasa yang dihadapi oleh Unit Asrama dan HEM SMK Elopura oleh Pn. Siti Nor Binti Muhd. Arip, Penolong Kanan HEM SMK Elopura.
Sesi bertukar-tukar cenderahati.
Pelajar menikmati kudapan yang disediakan oleh pihak sekolah di Palm Square, Blok Saga SMK Elopura.
Guru-guru turut menjamu selera sebelum sesi lawatan ke beberapa lokasi terpilih.
Bilik pameran yang menempatkan artifak hasil seni pelajar.
Kreatif dan menarik : Set Kerusi dan meja yang diperbuat daripada bahan yang dikitar semula.
Ruang legar bilik pameran hasil lukisan pelajar.
Persembahan khas tiupan saxophone oleh pelajar yang mengambil jurusan alat muzik.
Lawaran ke Pusat Pemulihan Orangutan di Sepilok, Sandakan.
Pelajar sempat menyaksikan orangutan diberi makan oleh pihak pengurusan.
Borneon orangutan – Pongo pygmaeus
Selesai sudah aktiviti lasbela tahun ini.