12 Januari 2020 (Ahad) – Acara Larian KPM (LKPM) 2020 Peringkat Sekolah telah diadakan dengan jayanya pada 10 Januari yang lalu. Larian ini melibatkan semua warga pelajar sekolah kecuali kumpulan pelajar tertentu yang bertugas (Kadet Polis & St. John Ambulance) membantu melancarkan perjalanan aktviti pada hari tersebut. Seperti pada tahun-tahun lepas, acara LKPM ini menjadi medan untuk Ketua-Ketua Guru Rumah Sukan mengenalpasti atlet yang boleh diketengahkan untuk mewakili rumah sukan di dalam acara larian jarak sederhana (400 m & 800 m) dan jarak jauh (1500 m). Selain itu acara LKPM juga menjadi medan untuk para pelajar menggumpulkan mata bagi rumah sukan masing-masing. Rumah sukan yang menggumpul mata tertinggi di akhir Kejohanan Sukan Olahraga Peringkat Sekolah tahun ini akan dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan.

Guru-guru siap sedia untuk memulakan tugas.
Pelajar berhimpun di Dewan Jubli Perak untuk mendengar taklimat keselamatan sebelum acara LKPM bermula.
Atlet harapan rumah sukan Nilam (Biru), rumah sukan Berlian (Kuning) dan rumah sukan Zamrud (Hijau).
Pelajar lelaki siap sedia untuk dilepaskan.
Bacaan doa oleh Ustaz Kaharuddin Yusupala sebelum larian.
Ada yang bermula pantas dan sebaliknya ada yang bermula perlahan.
Selang 15 minit kemudian pelajar perempuan pula dilepaskan.
Barisan Pentadbir Sekolah bersama YDP PIBG Sekolah yang turun padang untuk memberi sokongan terhadap program sekolah.
Barisan guru yang bertugas sebagai pencatat masa dan hakim penamat.
Makanan dan minuman untuk semua petugas disediakan oleh AJK Makanan.
Johan Kategori Perempuan : Adik Airina Arra Syazrena Binti Sapri (Rumah Sukan Delima).
Naib Johan Kategori Perempuan : Adik Nur Syafika Shahira (Rumah Sukan Delima).
Tempat Ketiga kategori Perempuan : Adik Micolita Mojilip (Rumah Sukan Zamrud).
Johan Kategori Lelaki : Adik Benedict Benard (Rumah Sukan Nilam).
Naib Johan Kategori Lelaki : Adik Rico Andrew (Rumah Sukan Berlian).
Tempat Ketiga Kategori Lelaki : Adik Ashraf Fadhrul Bin Ruslan (Rumah Sukan Delima).
Pelajar di kedudukan ke-21 dan ke atas akan menyumbang 1 mata untuk rumah sukan masing-masing dengan syarat tidak melebihi masa yang ditetapkan.
Walaupun tidak berjaya menyumbang mata untuk rumah sukan namun tahniah sebab berjaya menamatkan larian dan selamat kembali semula ke sekolah.
Ahli St. John memberi bantuan kepada pelajar yang memerlukan.
Pelajar berhimpun semula di Dewan Jubli Perak untuk majlis penutupan dan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Tahniah kepada adik Micolita Mojilip; Tempat ke-3 Ketegori Perempuan dengan catatan masa 33 minit 02 saat.
Tahniah kepada adik Nur Syafika Shahira; Naib Johan Kategori Perempuan dengan catatan masa 32 minit 56 saat.
Tahniah kepada adik Airina Arra Syazrena Binti Sapri; Johan Kategori Perempuan dengan catatan masa 28 minit 45 saat.
Tahniah kepada adik Ashraf Fadhrul Bin Ruslan; Tempat-3 Kategori Lelaki dengan catatan masa 38 minit 17 saat.
Tahniah kepada adik Rico Andrew; Naib Johan Kategori Lelaki dengan catatan masa 38 minit 16 saat.
Tahniah kepada adik Benedict Benard; Johan Kategori Lelaki dengan catatan masa 38 minit.
Tahniah kepada semua pemenang.
Klik Untuk Koleksi Gambar.

Untuk acara LKPM pada tahun ini rumah sukan Delima berjaya menggumpul 162 mata diikuti oleh rumah sukan Berlian (129 mata), rumah sukan Zamrud (116 mata) dan rumah sukan Nilam (104 mata).