08 September 2013 (Ahad) – Pada 04 September yang lalu, pihak sekolah telah dilawati oleh Panel Penilai Pertandingan Galeria Sejarah Sekolah Peringkat Negeri Sabah. Panel Penilai ialah Datin DK Zaleha Pg. Jalaluddin dari Persatuan Sejarah Malaysia (PSM), Cawangan Sabah dan Pn. Sharifah Seri Laila Bte Tuanku SH Hamid, Setiausaha Kehormat PSM, Cawangan Sabah. Kehadiran para Panel Panilai telah disambut baik oleh Jawatankuasa Galeria Sekolah yang diketuai oleh Pn. Norazidah Mulkiaman selaku penyelaras. Turut sama menyambut ialah Pn. Zaidah Bte Salleh, Ketua Panitia Sejarah, Ketua-Ketua Bidang dan pihak Pentadbir sekolah.

Kehadiran Panel Penilai disambut oleh pihak sekolah di ruang Laman Warisan Perdana Sekolah.

Kehadiran Panel Penilai disambut oleh pihak sekolah di Laman Warisan Perdana Sekolah.

Dari kiri : Pn. Sharifah Seri Laila BT Tuanku SH Hamid dan Datin DK Zaleha Pg. Jalaluddin, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Sabah.

Dari kiri : Pn. Sharifah Seri Laila Bte Tuanku SH Hamid dan Datin DK Zaleha Pg. Jalaluddin, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Sabah.

Sesi pada hari tersebut telah dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai sejarah penubuhan Galeria Sekolah yang telah disampaikan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang sekolah. Galeria Sekolah yang ada sekarang telah dirasmikan oleh YB Datuk Karim Hj. Bujang yang merupakan Adun N.23 Bongawan pada 04 September 2009. Mantan Pengetua Cemerlang, En. Loh Kok Cheang pada ketika itu melihat perlunya diwujudkan satu ruang yang selamat untuk menempatkan pelbagai bahan bersejarah sekolah yang suatu ketika nanti pasti tidak akan ternilai harganya. Kini genap 4 tahun penubuhannya dan kebetulan pada tarikh yang sama telah dinilai untuk Pertandingan Galeria Sejarah Sekolah.

Panel Penilai dibawa melawat kawasan jaringan terbaru Galeria Sekolah iaitu kawasan angkat Panitia Sejarah.

Panel Penilai dibawa melawat kawasan jaringan terbaru Galeria Sekolah iaitu kawasan angkat Panitia Sejarah.

Datin DK Zaleha Pg. Jalaluddin berkongsi kegembiraan beliau apabila melihat gambar beliau bersama rakan-rakan seperjuangan di SMK Majakir pada tahun 1964.

Datin DK Zaleha Pg. Jalaluddin berkongsi kegembiraan beliau apabila melihat gambar beliau bersama rakan-rakan seperjuangan di SMK Majakir pada tahun 1964.

Ruangan yang menempatkan bahan-bahan produk pelajar.

Ruangan yang menempatkan bahan-bahan produk pelajar.

Ruangan yang mempamerkan koleksi gambar-gambar bersejarah sekolah.

Ruangan yang mempamerkan koleksi gambar-gambar bersejarah sekolah.

Panel Penilai melawat Pusat Sumber Sekolah yang merupakan salah satu jaringan Galeria Sekolah.

Panel Penilai melawat Pusat Sumber Sekolah yang merupakan salah satu jaringan Galeria Sekolah.

Panel Penilai tertarik dengan bahan terbitan sekolah yang diilhamkan oleh Pengetua yang ditempatkan di Bilik Operasi Serasi Lestari Sekolah.

Panel Penilai tertarik dengan bahan terbitan sekolah yang diilhamkan oleh Pengetua yang ditempatkan di Bilik Operasi Serasi Lestari Sekolah.

Dalam lawatan ini, Panel Penilai telah memberi beberapa cadangan kepada pihak sekolah untuk menyerlahkan lagi kecemerlangan Galeria Sekolah sekiranya terpilih untuk penilaian kali kedua. Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih di atas lawatan penilaian serta cadangan yang telah dikemukakan.