15 November 2016 (Selasa) – Program anjuran Unit Kokurikulum Pra-Universiti dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti (MPPPU) SMK Majakir telah diadakan pada 30 Ogos yang lalu. Program ini merupakan aktiviti yang boleh membantu pelajar terlibat secara langsung dalam pengurusan sukan dan boleh membantu pelajar mendapat markah kokurikulum dari aspek penyertaan dan pencapaian mereka. Selain itu juga pelajar dapat mengasah kemahiran mereka dalam menganjurkan aktiviti seperti ini di bawah bimbingan guru-guru. Aktiviti ini juga merupakan pengisian kepada pelajar yang tidak dapat melibatkan diri dalam pertandingan 1M1S yang dianjurkan di peringkat perdana.

Objektif penganjuran program ini adalah seperti berikut :-

  • Membertuk sifat kepimpinan yang tinggi dalam kalangan pelajar semasa menguruskan program ini..
  • Meningkatkan kemahiran, kecekapan serta berkemampuan pelajar mengendalikan hal-hal berkaitan sukan dan permainan.
  • Menambah baik pengurusan Kokurikulum Pra-Universiti agar membantu pelajar mendapat markah penyertaan dan pencapaian yang baik diperingkat sekolah.
  • Membentuk dan meningkatkan minat bersukan dalam kalangan pelajar.
  • Pelajar bersaing dalam pertandingan untuk memperolehi markah terbaik dalam pencapaian mereka.

Pihak penganjur mewajibkan semua kelas untuk menghantar wakil untuk pertandingan Bola Jaring (Perempuan), Futsal (Lelaki dan Perempuan), Boling Padang (Lelaki dan Perempuan). Selain itu, Kelab RIMAP yang baru ditubuhkan telah menganjurkan Pertandingan Menghias Kek terbuka untuk warga pelajar SMK Majakir.

Aktiviti senamrobik yang melibatkan semua pelajar dan guru Pra-Universiti.

Aktiviti senamrobik yang melibatkan semua pelajar dan guru Pra-Universiti.

Para guru yang bertugas turut memberi sokongan moral kepada semua pelajar yang terlibat dengan pertandingan.

Para guru yang bertugas turut memberi sokongan moral kepada semua pelajar yang terlibat dengan pertandingan.

Mendengar taklimat mengenai peraturan pertandingan.

Mendengar taklimat mengenai peraturan permainan Bola Jaring.

Bersedia untuk memulakan  langkah di gelanggang pertandingan.

Bersedia untuk memulakan langkah di gelanggang pertandingan.

Semangat setiakawan dan kerjasama sepasukan tetap diutamakan.

Semangat setiakawan dan kerjasama sepasukan tetap diutamakan.

Semangat untuk menang.

Semangat untuk menang.

Sesi taklimat di gelanggang Boling padang.

Sesi taklimat di gelanggang Boling padang.

Para pelajar yang terlibat dengan Pertindangan Boling Padang.

Para pelajar yang terlibat dengan Pertandingan Boling Padang.

Tunjuk ajar untuk pelajar yang baru belajar bermain Boling Padang.

Tunjuk ajar untuk pelajar yang baru belajar bermain Boling Padang.

Aksi pelajar penuh konsentrasi semasa pertandingan Boling Padang.

Aksi pelajar penuh konsentrasi semasa pertandingan Boling Padang.

Perlawanan Futsal antara kelas.

Pertandingan Futsal antara kelas bagi kategori lelaki.

Pertandingan Futsal antara kelas bagi kategori perempuan.

Pertandingan Futsal antara kelas bagi kategori perempuan.

AJK Persatuan RIMAP yang bertindak sebagai penganjur Pertandingan Menghias Kek sempena Bulan Kemerdekaan.

AJK Persatuan RIMAP yang bertindak sebagai penganjur Pertandingan Menghias Kek sempena Bulan Kemerdekaan.

Wakil gabungan pelajar Pra-U SMK Majakir yang bertanding.

Wakil pelajar Pra-Universiti SMK Majakir yang turut bertanding.

Kek-kek yang disiap dihias dan sedia untuk diadili oleh para hakim pertandingan.

Kek-kek yang telah siap dihias, sedia untuk diadili oleh para hakim pertandingan.

Guru-guru yang dilantik sebagai hakim Pertandingan Menghias Kek.

Para hakim terdiri daripada guru-guru Pra-Universiti. 

Kalah dan menang lumrah pertandingan. Yang penting semua yang mengambil bahagian seronok dan dapat menambahkan pengalaman.

Kalah dan menang lumrah pertandingan. Yang penting semua yang mengambil bahagian seronok dan dapat menambahkan pengalaman.

Tahniah kepada semua warga Pra-Universiti SMK Majakir di atas kejayaan mengadakan Karnival Sukan Pra-Universiti pada tahun ini.

Tahniah kepada semua warga Pra-Universiti SMK Majakir di atas kejayaan mengadakan Karnival Sukan Pra-Universiti pada tahun ini.

 

This slideshow requires JavaScript.

Sumber Berita : En. Norisham Othman, Penyelaras Karnival Sukan Pra-Universiti 2016