Majlis Sanjungan Budi, Lembaian Kasih.
30 November 2019 (Sabtu) – Majlis anjuran Kelab Guru (KESMA) SMK Majakir ini telah diadakan pada 21 November yang lalu bagi meraikan En. John Gohol yang akan bersara pada bulan Disember 2019. Pihak KESMA telah memilih tema khas iaitu “Pakaian Tradisional & Persembahan Tradisional” bagi meraihkan En. John Gohol.

Majlis ini diadakan di Dewan OKK Mat Zakir dan dihadiri oleh guru-guru dan kumpulan pelajar tertentu yang komited untuk hadir bersama-sama meraikan persaraan En. John Gohol. Majlis telah dimulakan dengan perarakan masuk ke dalam Dewan OKK Mat Zakir bersama-sama pentadbir sekolah.


































