30 Ogos 2014 (Sabtu) – Majlis ini telah diadakan pada 15 Ogos yang lalu. Majlis ini diadakan bagi merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan seluruh warga sekolah. Walaupun diadakan pada skala yang sederhana berbanding majlis yang sama pada tahun sebelumnya, kemeriahannya tetap terasa dan objektif utamanya telah tercapai iaitu untuk merapatkan hubungan silatuhrahim sesama warga sekolah. Aktiviti ini juga merupakan salah satu dari aktiviti yang disyorkan di dalam Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang diadakan di sekolah yang bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga sekolah khususnya dalam kalangan murid. Penganjuran aktiviti ini juga bagi menepati Aspirasi ke-4 Sistem Pendidikan Malaysia seperti yang dihasratkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM (2013-2025) yang memberi penekanan kepada aspek perpaduan dalam kalangan murid.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin oleh guru-guru dan pelajar yang beragama islam dan dipimpin oleh Ustaz Hj. Kaharuddin Yusupala.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin oleh guru-guru serta  para pelajar yang beragama islam. Acara ini telah diadakan di Dewan Jubli Perak SMK Majakir dan dipimpin oleh Ustaz Hj. Kaharuddin Yusupala.

Amanat dan ucapan ringkas oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir,

Amanat dan ucapan ringkas oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir,

Di dalam kita bergembira jangan lupa mengulangkaji pelajaran kerana kita mempunyai KPI yang perlu dicapai pada tahun ini....

Di dalam kita bergembira jangan lupa mengulangkaji pelajaran kerana kita mempunyai KPI yang perlu dicapai pada tahun ini….

En. Durahman Ramlee, Penolong Kanan HEM bersama para pelajar.

En. Durahman Ramlee, Penolong Kanan HEM bersama para pelajar.

Semua ceria dan tidak sabar untuk menjamu selera.

Semua ceria dan tidak sabar untuk menjamu selera.

Pelajar Tingkatan 4 Sains bersama Guru Kelas meraka.

Pelajar Tingkatan 4 Sains bersama Guru Kelas meraka.

Suasana di stesen makanan yang sesak dengan pelajar dan guru.

Suasana di stesen makanan yang sesak dengan pelajar dan guru.

Meraikan bersama lebih baik...semoga majlis ini mampu mengeratkan hubungan sesama pelajar.

Meraikan bersama lebih baik…semoga majlis ini mampu mengeratkan hubungan sesama pelajar.

Majlis Sambutan Hari Raya Adilfitri SMK Majakir 2014