31 Ogos 2014 (Ahad) – Pada 18 Ogos yang lalu, Jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan sekolah telah mengadakan bengkel seperti di atas yang melibatkan semua guru. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir bersama En. Anuar Sidek, Penolong Kanan I dan Encik Durahman Ramlee, Penolong Kanan HEM SMK Majakir.

PrOD adalah hasil ciptaan Datuk Dr Amin Senin, Perunding Kanan IAB yang terdiri dari Yang Berbahagia Datuk Mary Yap Kain Ching (Timbalan Menteri Pendidikan), Pn. Hjh. Khuzaimah binti Sulaiman, Pn. Hjh. Wan Karimah binti Wan Yaacob, En. Tee Pak Leong dan Tn. Hj. Mahamud bin Omar bersama dengan Pusat Pentaksiran Kepimpinan Pendidikan. Melalui PrOD, pihak pengurusan sekolah akan dapat memastikan program-program yang dilaksanakan di sekolah mampu melonjakkan prestasi dan kecemerlangan sekolah secara keseluruhan. Maklumat lanjut mengenai PrOD boleh dilayari di laman sesawang berikut : klik di sini.

Untuk sesi bengkel, guru-guru telah diagihkan kepada 6 kumpulan : Kumpulan Cinta, Kumpulan Primadona, Kumpulan Che’gu Murni, Kumpulan Guru Effisien, Kumpulan Angan-Angan Tinggi Melangit dan Kumpulan Kak Kiah.

Pentadbir sekolah bertindak sebagai Fasilitator semasa sesi bengkel diadakan.

Pentadbir sekolah bertindak sebagai Fasilitator semasa sesi bengkel diadakan.

Perbincangan dalam kumpulan semasa sesi bengkel.

Perbincangan dalam kumpulan semasa sesi bengkel.

Kumpulan Che'gu Murni.

Kumpulan Che’gu Murni.

Pembentangan oleh Hj. Mohd Idzam Zakaria.

Pembentangan oleh Hj. Mohd Idzam Zakaria.

Kumpulan Guru Effisien.

Kumpulan Guru Effisien.

Pembentangan oleh En. Raynald Ahlai.

Pembentangan oleh En. Raynald Ahlai.

Kumpulan Primadona.

Kumpulan Primadona.

Pembentangan oleh Pn. Dg. Nismah Abdul Rahman.

Pembentangan oleh Pn. Dg. Nismah Abdul Rahman.

Kumpulan Cinta.

Kumpulan Cinta.

Pembentangan oleh Pn. Yarabah Gapar.

Pembentangan oleh Pn. Yarabah Gapar.

Kumpulan Angan-Angan Tinggi Melangit.

Kumpulan Angan-Angan Tinggi Melangit.

Pembentangan oleh Cik Noor Zamzila Yacob.

Pembentangan oleh Cik Noorzamzila Mohd Yacob.

Kumpulan Kak Kiah.

Kumpulan Kak Kiah.

Pembentangan oleh Pn. Emmelyn Mudin.

Pembentangan oleh Pn. Emmelyn Mudin.

Di dalam sesi kali ini, guru-guru telah didedahkan kepada ciri-ciri seorang pemimpin yang dikagumi hasil dapatan melalui kajian oleh Kouzes dan Posner. Selain itu guru-guru juga telah didedahkan kepada strategi untuk melaksanakan proses penambahbaikan di sekolah melalui penggunaan instrumen seperti Analisis Jurang, sPeCt (School Programme Check Tool) dan OPPM (One Page Project Management).