29 Mac 2016 – Pada 03 Mac yang lalu, SMK Majakir telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Papar. Pengumuman telah disampaikan sendiri oleh En. Abidin Marjan, Pegawai Pendidikan Daerah Papar.

Pada tahun ini, SMK Majakir telah mencatat peratus kelulusan 87% berbanding 95.1% yang diperolehi pada tahun 2014. Ini merupakan penurunan yang terbesar (8.1%) dalam tempoh lima tahun iaitu sejak mata pelajaran Sejarah dijadikan sebagai mata pelajaran wajib lulus tahun lalu. Pada tahun ini mata pelajaran yang cemerlang dengan 100% kelulusan ialah ; Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Seni, Ekonomi Rumah Tangga, Sains Sukan, Teknologi Maklumat, EST dan Bahasa Arab. Secara keseluruhan, sebanyak 6 mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan dari segi peratus kelulusan, 11 mata pelajaran menunjukkan penurunan manakala 5 lagi tidak berubah. Mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan tertinggi dari peratus kelulusan ialah ; Geografi (86.9%), meningkat 25.2%, Kimia (100%), meningkat 5.9% dan EST (100%), meningkat 2.9%. Mata pelajaran yang menunjukkan penurunan tertinggi dari segi peratus kelulusan ialah ; Tasawur Islam (71.1%), merosot 23.7%, Perdagangan (70.5%), merosot 17.3% dan Matematik (73.4%), merosot 10.2%.

Dari segi kualiti, Gred Purata Sekolah (GPS) bagi SPM 2015 ialah 5.49, merosot 0.1 berbanding GPS yang dicapai dalam SPM 2014 iaitu 5.39. Walaubagaimanapun nilai GPS ini masih mengatasi nilai Gred Purata Daerah (GPD) iaitu 5.75 dan nilai Gred Purata Negeri (GPN) iaitu 5.66. Di peringkat daerah, SMK Majakir berada di kedudukan ke-4 daripada 10 buah sekolah manakala di peringkat negeri di kedudukan ke-64 daripada 210 buah sekolah.

Sebanyak 11 mata pelajaran mencatatkan peningkatan dari segi Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) manakala 11 lagi menunjukkan penurunan. Mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan tertinggi dari segi GPMP ialah ; Sains Sukan (4.78), meningkat 1.11, Ekonomi Rumah Tangga (4.67), meningkat 1.03 dan Fizik (4.47), meningkat 1.03. Mata pelajaran yang menunjukkan penurunan tertinggi dari segi kualiti ialah ; Pendidikan Moral (4.33), merosot 1.73, Tasawur Islam (6.80), merosot 1.12 dan Biologi (5.63), merosot 0.87.

En. Abidin Marjan, Pegawai Pendidikan Daerah Papar bersama wakil ibu bapa dan Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain.

En. Abidin Marjan, Pegawai Pendidikan Daerah Papar bersama wakil ibu bapa dan Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Ucapan dan pengumuman Keputusan SPM 2015 bagi sekolah-sekolah di daerah Papar.

Ucapan dan pengumuman Keputusan SPM 2015 bagi sekolah-sekolah di daerah Papar oleh En. Abidin Marjan.

Para hadirin dan jemputan yang terdiri daripada Pengetua-Pengetua, Penolong Kanan serta pelajar cemerlang SPM 2015.

Para hadirin dan jemputan yang terdiri daripada Pengetua-Pengetua, Penolong Kanan serta pelajar cemerlang SPM 2015 bagi dearah Papar.

Tahniah kepada adik Ardie Bin Amir yang memperolehi keputusan cemerlang 10A (5A+, 3A dan 1A-).

Tahniah kepada adik Ardie Bin Amir yang mendapat keputusan cemerlang 9A (5A+, 3A dan 1A-).

Tahniah kepada adik Muhamad Aiman Bin Abidin yang mendapat keputusan cemerlang 10A (5A+, 1A dan 3A-).

Tahniah kepada adik Muhamad Aiman Bin Abidin yang mendapat keputusan cemerlang 9A (5A+, 1A dan 3A-).

Tahniah kepada adik Vianney Lin Verus yang mendapat keputusan cemerlang 8A (3A+, 5A), 1C.

Tahniah kepada adik Vianney Lin Verus yang mendapat keputusan cemerlang 8A (3A+, 5A), 1C.

Tahniah kepada adik Amanda Iman Qistina Bte Indra yang mendapat keputusan cemerlang 8A (1A+, 5A, 2A-), 1C.

Tahniah kepada adik Amanda Iman Qistina Bte Indra yang mendapat keputusan cemerlang 8A (1A+, 5A, 2A-), 1C.

Para Pelajar Cemerlang bersama barisan Pengetua

Para Pelajar Cemerlang SPM 2015 bagi daerah Papar bersama En. Abidin Marjan dan barisan Pengetua.

Pengetua dan Peolong Kanan I SMK Majakir bersama Pelajar Cemerlang SPM 2015.

Pengetua dan Penolong Kanan I SMK Majakir bersama Pelajar Cemerlang SPM 2015.

Tahniah kepada semua calon SPM 2015 yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang.

Kebanggaan sekolah : Tahniah kepada semua calon SPM 2015 yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang.