25 April 2016 (Isnin) – Pada 12 Mac yang lalu, SMK Majakir buat julung kalinya telah menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah U16-Cobra 10’s, Peringkat Negeri Sabah. Sebanyal 11 buah pasukan telah mengambil bahagian iaitu : SMK Tungku Lahad Datu, SMK Tansau Putatan, SMK Bahang Penampang, SMK Pengiran Omar 2 Sipitang, SMKA Tun Said Kota Belud, SM La Salle Kota Kinabalu, Kolej Vokasional Beaufort, Kolej Vokasional Kudat, SMESH Tuaran, Papar A dan Papar B. Kesemua perlawanan telah diadakan di Padang SMK Majakir.

4 pasukan yang berjaya layak ke pusingan separuh akhir ialah : SMK Tungku Lahad Datu, SMK Pengiran Omar 2 Sipitang, Papar A dan Papar B. Di peringkat ini pasukan Papar A telah berjaya menewaskan pasukan SMK Tungku Lahad Datu dengan kiraan mata 7-5 manakala Pasukan SMK Pengiran Omar 2 telah berjaya menewaskan pasukan Papar B dengan kiraan mata 10-0. Penentuan tempat ketiga dan keempat menyaksikan perlawanan antara pasukan SMK Tungku Lahad Datu melawan pasukan Papar B. Keputusannya berpihak kepada pasukan Papar B dengan kiraan mata 5-0. Perlawanan akhir yang sengit antara pasukan SMK Pengiran Omar 2 Sipitang dengan pasukan Papar A akhirnya berpihak kepada pasukan SMK Pengiran Omar 2 Sipitang dengan kiraan mata 10-5.

IMG_9676

Meja Urusetia dan Pendaftaran pasukan yang bertanding.

Meja Urusetia dan Pendaftaran pasukan yang bertanding.

Mendengar amanat jurulatih sebelum masuk ke medan perlawanan.

Mendengar amanat jurulatih sebelum masuk ke medan perlawanan.

Pemeriksaan dilakukan oleh pengadil perlawanan  sebelum perlawanan bermula.

Pemeriksaan dilakukan oleh referi perlawanan sebelum perlawanan bermula bagi memastikan setiap pemain patuh kepada peraturan sedia ada.

Jurulatih pasukan Papar A  dan Papar B menyaksikan  para pemain yang sedang beraksi.

En. Rosmazlan Hj. Abdul Rashid, Jurulatih pasukan Papar A dan Papar B merangkap pengurus kejohanan menyaksikan salah satu perlawanan yang melibatkan pasukan Papar A.

Scrum

Scrum yang terdiri daripada 5 orang pemain daripada setiap pasukan.

Throw in.

Throw in dibenarkan oleh referi selepas line-out dibentuk.

in game

Tackle dan ruck.

salah seorang pemain yang mengalami kecederaan sedang menerima rawatan.

Salah seorang pemain yang mengalami kecederaan sedang menerima rawatan.

pasukan

Perlawanan akhir antara pasukan SMK Pengiran Omar 2 Sipitang dengan pasukan Papar A.

Majlis Perasmian Penutupan

Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz B. Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Majlis Perasmian Penutupan.

Majlis Perasmian Penutupan.

Para pemain daripada 4 buah pasukan yang terlibat dengan penentuan tempat keempat, ketiga, Naib Johan dan Johan.

Para pemain daripada 4 buah pasukan yang terlibat dengan penentuan tempat keempat, ketiga, Naib Johan dan Johan.

Penyampaian cenderahati kepada wakil pengadil yang bertugas.

Penyampaian cenderahati kepada wakil pengadil yang bertugas.

Tahniah kepada pasukan SMK yang mendapat tempat ke-4 keseluruhan.

Tahniah kepada pasukan SMK Tungku Lahad Datu yang mendapat tempat ke-4 keseluruhan.

Tahniah kepada pasukan Papar B yang mendapat tempat ke-3 keseluruhan.

Tahniah kepada pasukan Papar B yang mendapat tempat ke-3 keseluruhan.

Tahniah kepada pasukan Papar A yang mendapat Naib Johan.

Tahniah kepada pasukan Papar A yang mendapat Naib Johan.

Tahniah kepada pasukan SMK Pengiran Omar 2 Sipitang yang menjadi Johan dan adik Jusnikol Sumin juga terpilih sebagai Pemain Terbaik Kejohanan.

Tahniah kepada pasukan SMK Pengiran Omar 2 Sipitang yang menjadi Johan dan kepada adik Jusnikol Sumin yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan.

Tahniah kepada semua..anda semua sebenarnya adalah pemenang dan tiada pengalah.

Tahniah…anda semua sebenarnya adalah pemenang dan tiada pengalah.

Pasukan Papar A

Pasukan Papar A dan Papar B bersama bersama penyokong setia mereka.

Bahan Berita : Pn. Nurimah Malie – Setiausaha Kejohanan