15 Julai 2016 (Jumaat) – Pada 26 Mei yang lalu telah diadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bertempat di Dewan Jubli Perak SMK Majakir. Penganjur majlis sambutan Hari Guru pada tahun ini iaitu Majlis Perwakilan Pelajar Pra-Universiti (MPPPU) SMK Majakir di bawah bimbingan Pn. Audrey Koh Sui Ean telah menetapkan pakaian yang bertemakan¬†“P. Ramlee Dan Saloma” bagi warga guru. Pengerusi serta para AJK MPPPU telah terlibat sepenuhnya di dalam membuat perancangan, persediaan, persiapan dan seterusnya mengendalikan perjalanan majlis. Semua acara yang telah dijalankan semata-mata untuk memberi¬†pengiktirafan buat semua warga guru. Semoga dengan pengiktirafan ini, warga guru akan lebih beriltizam, bertekad serta berusaha untuk mengangkat martabat profesion keguruan sebagai profesion yang dipandang tinggi semurni tugas seorang guru.

IMG_1966

Pakaian yang bertemakan "P. Ramlee dan Saloma" membawa seribu kenangan pada warga guru.

Pakaian yang bertemakan “P. Ramlee dan Saloma” membawa seribu kenangan manis pada warga guru.

Guru dan pelajar sama-sama memeriahkan majlis sambutan Hari Guru pada tahun ini.

Guru dan pelajar sama-sama memeriahkan majlis sambutan Hari Guru pada tahun ini.

Guru-guru lelaki yang tetap bersemangat.

Guru-guru lelaki yang bergaya dengan kaca mata hitam mereka.

Pengetua dan barisan pentadbir sekolah mengetuai nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku.

Pengetua dan barisan pentadbir sekolah mengetuai nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku.

Ucapan alu-aluan oleh Adik Nurshanti Gerald, Pengerusi MPPPU SMK Majakir.

Ucapan alu-aluan oleh Adik Nurshanti Gerald, Pengerusi MPPPU SMK Majakir.

".....Terima Kasih saya ucapkan kepada semua guru yang telah mendidik para pelajar kita dengan penuh dedikasi dan  tidak pernah berputus asa....." Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

“…..terima kasih saya ucapkan kepada semua guru yang telah mendidik para pelajar kita dengan penuh dedikasi dan tidak pernah berputus asa…..” Tn. Hj. Abdul Aziz Bin Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Acara memotong kek

Acara memotong kek oleh pihak pentadbir sebagai tanda rasminya majlis.

Persembahan nyanyian khas oleh guru-guru SMK Majakir yang telah mendapat sorakan gemuruh dari pelajar.

Persembahan nyanyian khas oleh guru-guru SMK Majakir yang telah mendapat sorakan gemuruh dari pelajar.

Persembahan Tarian Asmaradana oleh kumpulan penari sekolah di bawah pimpinan Pn. Zuraidah Zainudin.

Persembahan Tarian Asmaradana oleh kumpulan penari sekolah di bawah pimpinan Pn. Zuraidah Zainudin.

Persembahan khas pelajar Pra-Universiti ; tarian dan nyanyian dan Dikir Barat.

Persembahan khas pelajar Pra-Universiti ; tarian, nyanyian dan Dikir Barat.

Tarian 'Shuffle' turut dipersembahkan oleh pelajar.

Tarian ‘Shuffle‘ turut dipersembahkan oleh pelajar.

Persembahan khas oleh ahli-ahli Pasukan Ragbi Sekolah.

Persembahan khas oleh ahli-ahli Pasukan Ragbi Sekolah.

Tahniah kepada Pn. Dg. Sarinah Ag. Sura yang menjadi penerima hadiah utama cabutan tiket bertuah pada tahun ini.

Tahniah kepada Pn. Dg. Sarinah Ag. Sura yang menjadi penerima hadiah utama cabutan tiket bertuah pada tahun ini. Hadiah disampaikan oleh En. Anuar Sidek, Penolong Kanan Pentadbiran.

Tahniah kepada Pn. Dg. Mastinie Kiflee yang terpilih sebagai  'Queen' di dalam majlis yang diadakan.

Tahniah kepada Pn. Dg. Mastinie Kiflee yang terpilih sebagai ‘Queen‘ di dalam majlis yang diadakan.

Gelaran 'King' disandang oleh En. Junaidi Mahmud. Hadiah telah disampaikan oleh Pn. Dg. Nismah Abdul Rahman, Penolong Kanan Pra-Universiti.

Gelaran ‘King’ disandang oleh En. Junaidi Mahmud. Hadiah dan trofi telah disampaikan oleh Pn. Dg. Nismah Abdul Rahman, Penolong Kanan Pra-Universiti.

Gambar kenang-kenangan guru dan pelajar di akhir majlis.

Gambar kenang-kenangan guru dan pelajar di akhir majlis.

This slideshow requires JavaScript.

Tayangan Slaid Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2016